Rabu, 09 Februari 2011

Infeksi saluran kencing (cystitis)

Infeksi saluran kemih adalah adanya infeksi oleh mikroorganisme di saluran kemih.

Tanda-tanda Infeksi Saluran Kemih adalah:
  1. Sakit perut bagian bawah, di atas tulang kemaluan.
  2. Kecing sakit terutama pada akhir kencing.
  3. Anyang-anyangan atau kencing tidak tuntas dan rasa masih ingin kencing lagi.  Walaupun bila dicoba untuk berkemih, tidak ada air kemih yang keluar.
  4. Sering berkemih.
  5. Jika infeksi sudah berlanjut jauh, bisa menderita demam.
Penyebab Infeksi Saluran Kemih:
  1. Bakteri escheria coli, Klebsiella, Proteus, Streptokokkus saprofitikus, dan Pseudomonas, melalui:
  2. Karena kurang menjaga kebersihan dan kesehatan daerah seputar saluran kencing
  3. Cara cebok yang salah, yaitu dari belakang ke depan
  4. Suka menahan kencing
  5. Tidak kencing sebelum melakukan hubungan seks
  6. Memiliki riwayat penyakit kelamin
  7. Memiliki riwayat penyakit batu di daerah saluran kencing.
Infeksi Saluran Kemih lebih rentan terkena pada wanita dibandingkan dengan pria.  Mengapa? Karena saluran kemih (uretra) pada wanita lebih pendek (2,5 – 3,5 cm), sedangkan pada pria panjangnya ±20 cm sehingga kuman sulit masuk.

Tindakan untuk mencegah Infeksi Saluran Kemih:
  1. Menjaga dengan baik kebersihan sekitar organ intim dan saluran kencing.
  2. Pilih toilet umum dengan toilet jongkok.
  3. Jangan cebok di toilet umum dari air yang ditampung di bak mandi atau ember.  Pakailah shower atau keran.
  4. Gunakan pakaian dalam dari bahan katun yang menyerap keringat agar tidak lembab.
  5. Tidak menahan kencing
  6. Minumlah banyak cairan setiap hari.
  7. Untuk perempuan saat cebok, basuhlah dari depan ke belakang, dan bukan sebaliknya.
Ada beberapa obat yang dapat dikonsumsi, tapi jangan sembarangan yaa..tetap harus diperiksakan dulu ke dokter dan dapet ressepnya.  Ini nih obatnya:
  • Ampisilin
  • Amoksisilin
  • Kotrimoksasol
  • Nitrofurantoin
Selain obat-obat di atas, ada juga lo obat-obat tradisionalnya
  • Rebus daun tanaman kumis kucing dan meniran masing-masing 30 gram, lalu air rebusan didinginkan.
  • Cara penggunaan: air rebusan tersebut diminum dua kali sehari hingga sembuh.
Tapi..mencegah lebih baik daripada mengaobati kan!!


Tanya jawab seputar infeksi saluran kencing

Apakah jangkitan saluran kencing?

Apabila kuman (bakteria) menyerang saluran kencing, ia dikenali sebagai UTI.

Apakah kuman biasa yang menyebabkan UTI?

Escherichia Coli biasanya terdapat di saluran penghadaman (usus) dan di bahagian kulit sekeliling kemaluan.

Adakah lelaki boleh mendapat jangkitan saluran kencing?

Ada juga lelaki yang dijangkiti jangkitan saluran kencing tetapi jarang jika dibandingkan dengan kaum wanita.
Jika lelaki mendapat jangkitan salur kencing, mereka mungkin mempunyai struktur dan fungsi yang abnormal di sistem saluran kencing mereka.

Kenapa jangkitan saluran kencing lebih kerap berlaku di kalangan kaum perempuan?

Uretra pada perempuan adalah pendek.
Lubang uretra terletak bersebelahan dengan dubur dan lubang kelamin.

Apakah tempat yang biasa dijangkiti?

Pundi kencing adalah tempat yang biasa dijangkiti.
Jangkitan pada pundi kencing dikenali sebagai "cystitis".

Bagaimanakah cara kuman memasuki pundi kencing?

Pencemaran bakteria mungkin berlaku di kalangan perempuan semasa mengesat dubur dari belakang ke depan selepas membuang air besar.
Bakteria dalam faraj (vagina) mungkin akan naik ke pundi kencing semasa hubungan kelamin.

Apakah gejala yang biasa UTI?

  • Kencing dengan kerap
  • Rasa sakit atau rasa pedih selepas kencing
  • Rasa hendak kencing lagi walaupun tiada air kencing (tidak puas)
  • Rasa sakit di bahagian bawah abdomen
  • Kencing berdarah atau kencing yang berbau
  • Demam sederhana

Apakah gejala yang menunjukkan jangkitan sudah melintasi pundi kencing?

  • Demam yang tinggi berserta dengan rasa sejuk dan menggigil
  • Loya dan muntah
  • Sakit di bahagian belakang pinggang

Apakah patut anda buat jika anda rasa anda menghidap UTI?

Anda patut mendapat rawatan doktor segera kerana:
  • Gejala anda tidak akan baik jika tidak mendapat rawatan
  • Jangkitan boleh merebak dan merosakkan buah pinggang

Apakah rawatan untuk UTI?

Anda akan diberi ubat antibiotik untuk membunuh kuman.
Adalah penting untuk anda menghabiskan rawatan antibiotik seperti yang diarahkan oleh dokter.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar